Assalamualaikum,
Hari ni Husna nk ckp pasai syiah!!
Buat sesiapa yg tertanya- tanya tu,puak syiah ialah puak yg mengagung-agungkan Saidina Ali, pendek kata depa ni xdpt terima hakikat la yg sahabat2 nabi yg lain(Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, Saidina Umar) jdi khalifah lepas nabi...
yg gemparnya, puak2 syiah ni semakin berkembang di Malaysia.Di daerah tempat tinggal Husna (Taiping) pon ade yg menyebarkn ajaran ni secara senyap2....sama2lah kita elakkannya dri berkembang dgn lebih pesat lgi ye!!
TENTANG SYIAH:
~ Kumpulan yang extrem ni akan mengada-gadakan amalan baru sprti memuja kubur pemimpin mereka,membuat hadis palsu dan lain2.
~Kumpulan ini menghalalkan kahwin mut'ah (kahwin sementara/kontrak).
~Mereka akan memukul badan dengan cangkuk besi atau benda2 tajam yang boleh mencederakan sebagai simbolik meratapi nasib saidina ali.(klau kat malaysia mereka memukul badan sendiri).
~Mereka mengutuk sahabat nabi yg lain dan saidatina Aishah.
~Mereka boleh menyamar sebagai ahli sunnah walau pada hakikatnya mereka syiah.
~Solat 3 kali kononnya musafir .
~Merendah-rendahkan sunnah yang sahih.
~Bekerjasama dgn yahudi.
*klau nk senaraikan ajaran syiah ni mmg banyak la, klau korang rajin selongkar la internet ni...hehehe.
Followers
Thursday, April 28, 2011
GeMPaR!!!!!
Friday, April 8, 2011
MaNiSnYa BeRcInTa SeLePaS BerkHaWin........
Bismillah......
Monday, March 21, 2011
Hayatilah lirik ni......
DEMI MATAHARI
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
=) Suka sangat nasyid ni.......
mengasyikkan!!!lirik ni daripada surah Asy- Syams.....
bila kita mendendangkan nasyid ini,secara tidak langsung kita memuji Allah kan????
AmAlAn YaNg MeNdAtAnGkAn ReDhA Allah.....
![]() |
- Membaca Al-Quran dengan merenungi dan memahami maknanya.
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadat sunat, setelah mengerjakan ibadat wajib.
- Terus- menerus mengingati Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan, atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
- Lebih mandahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.
- Menerungi, memerhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali.
- Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurniaan Allah yang telah berikan kepada kita, baik nikmat zahir, mahu pun batin.
- Inilah yang begitu istimewa iaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.
- Duduk bersama orang- orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
- Tidak meredhai kemaksiatan yang berlaku di hadapannya.
- Berpaling daripada orang- orang yang gemar melakukan maksiat dan berada jauh dari jalan Allah.
- Sering mengingati Allah ketika waktu susah dan senang.
Friday, December 31, 2010
AhLaN WaSaHLan 2o11........
Maka berakhirlah tahun 2010.......
bagaimanakah perasaan korang??
sedih??
gembira??
mungkin banyak lagi perasaan korang apabila memasuki tahun baru 2011.........
Anggaplah bahawa tahun ini adalah tahun akhir untuk anda hidpu......beramallah seberapa banyak yang korang mampu....sempena tahun baru ini, berazamlah untuk menjadi muslim dan muslimah sejati......jadilah mukmin yang lebih baik dari tahun 2010....jika kita tidak boleh menjadiyang terbaik, sekurang- kurangnya jadi yang baik......betol tak???
pesanan untuk adik2 yang ambil UPSR, PMR, dan SPM......buatlah yang terbaik!!!Cuba semampu yang boleh k??....nak resepi kejayaan tak??
Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan
Cubalah membalas jasa ibubapa dgn kejayaan adik2, sebb kita tak mampu untuk memberi wang ringgit lagi untuk merekakan??
Semoga tahun baru ini akan mengubah diri kita untuk menjadi mukmin dah mukminah cemerlang.......
Wednesday, December 29, 2010
ApA JaWaPaN KaliaN????
Assalamualaikum......
Jika ditanya pada kaum adam.....mana yg akan mereka pilih?? A atau B??
A- Perempuan cantik tapi tidak beriman
B- Perempuan yg tidak berapa cantik tapi beriman
Anda hanya ada 2 pilihan sahaja.......
Menurut saya, mungkin lebih ramai kaum adam akan memilih A daripada B....
nak tau kenapa???
sebbnya.....
mereka boleh mengubah perempuan itu untuk beriman kepada ALLAH serta mengikut syariat agama.....
betulkah jawapan ini wahai kaum adam???
tetapi ingatlah bahawa:
-WANITA YG SOLEHAH ITU LEBIH BAIK DARI 1000 LELAKI SOLEH-
renung2kanlah.....
fikir2kanlah.....
*Jgn melihat kepada siapa yg bercakap tetapi melihat kepada apa yg dikata........
BilaKaH DoAku AkAn Di MakBuLkAn??
korang hayati ek......
* Apabila ALLAH cepat makbulkn doamu, maka dia menyayangimu..........
* Apabila ALLAH lambat makbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu..........
* Apabila ALLAH tidak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yg lebih baik untukmu........
Oleh itu, kita perlulah sentiasa bersangka baik pada ALLAH.......banyak berlaku kes2 bunuh diri misalnya kemungkinan besar sebb xbersyukur dan hanya menyalahkn takdir sahaja sedangkn mereka tidak berusaha ke arah yg lebih baik......buat adik2 yg baru2 ni mendapat keputusan PMR yg kurang baik, cuba perbaiki dan muhasabah diri!!! Dan ingatlah, semua yg kita buat di dunia ini akan dihitung oleh ALLAH.........jdi, bersangka baiklah kepada ALLAH!!!!
Firman ALLAH S.W.T, maksudnya: " Aku bersama sangkaan hambaku terhadapku, maka bersangka tentang ku apa sahaja yang kamu ingini." (HADIS QUDSI)
Friday, July 2, 2010
~MeNgEnAl MuSuH DaN SaHaBaT IbLiS
MUSUH IBLIS : Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, 'Hai iblis,berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat -umatkku? "
Iblis menjawab, "lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang megerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang mukmin yang ber kasih sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang mukmin yang selalu dari keadaan yang suci.
11. Orang mukmin yang banyak bersedekah dan menderma.
12. Orang mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal Al-Quran serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang - orang lain semuanya tidur.
SAHABAT IBLIS : Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku?"
Jawab iblis, "sepuluh golongan" :-
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harha riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan - rangan dan khayal dengan tidak ada faedah.
Mereka itu adalah sahabat- sahabatku yang setia."
Itulah perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya ita maklum bahawa sesungguhnya kita maklum bahawa sesungguhnya iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati - hati, jangan sampai kita menjadi kawan iblis,
kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.....
Semoga kita sama- sama menjadi musuh iblis dan kawan kekasih Allah. -amin-











