BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Friday, January 29, 2010

APASAL AKU MALAS SEMBAHYANG??

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!

“Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.”(Hadis riwayat Muslim) 


DiMaNa CanTikNya sEoRaNg WanItA????

Semua wanita menginginkan kecantikan dan sesungguhnya ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan.Dan yg tak dpt dinafikan lagi ialah semua lelaki melihat dari kecantikan seorang perempuan itu dari zahir dan batin.Ini TIPSnya.....

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah
Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan
"lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah
"pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah
"sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan
"Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan
gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung
"kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan
"air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat. 



p/s: moga kita semua dapay menjadi secantik-cantik wanita...AMiN

Saturday, January 16, 2010

aDaP MeMoToNg KukU

BAHAGIAN KUKU TANGAN

  1. Dimulai dengan telunjuk tangan kanan, kemudian jaritengah,jari manis, jari kelingking, seterusnya barulah ibu jari tangan.
  2. Seterusnya jari kelingking kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk kemudiannya barulahibu jari kiri.


BAHAGIAN KUKU KAKI


Dimulai dengan kelingking kaki kanans ehinggalah kelingking kaki kiri.(dari kanan ke kiri)

DOA KETIKA MEMOTONG KUKU


Saidina Ja'far Radhiallahu anhu berkata:

"Barang siapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan berkata ketika mengeratnya:

Bismillahhi wabillahiwa'ala millati muhammadin waa'limuhammadin


Tiada gugur yang dikeratitu melainkan dengan pahala memerdekakanseorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati"


HARI- HARI YANG DISUNATKAN MEMOTONG KUKU


SABTU       -       Mempusakai penyakit akilah(penyakit yang disebabkan oleh banyak makan)

AHAD        -       Hilang berkah

ISNIN        -        Mempusakai alim Fadhil(org yg berilmu dan mempunyai kelebihan)

SELASA    -        Mempusakai kebinasaan

RABU        -        Mempusakai jahat perangai

KHAMIS   -        Mempusakai kaya

JUMAAT   -        Mempusakai ilmu dan lemah lembut


ALLAH MENYUKAI SIFAT LEMAH LEMBUT


Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: 
"Sesungguhnya ALLAH menyukai sifat lemah lembut pada setiap perkara."


                                               (Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Friday, January 15, 2010

TuJuH GoLoNGAn yAnG diLiNdUNgi ALLAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hadis sahih Bukhari,daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, baginda bersabda:
Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya:


  1. Imam (pemimpin) yg adil
  2. Pemuda yg hidup dlm beribadat kpd Allah
  3. Org yg mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya
  4. Org yg hatinya tergantung pada masjid
  5. Dua org yg saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata
  6. Lelaki yg digoda oleh perempuan yg berdarjat cantik, tetapi dia mengatakan "Aku takutkan Allah"
  7. Org yg bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinyatidak tahu apa yg dibuat oleh tangan kanannya

~FAKTA~

Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan
Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus
mendedahkan produk haram yang berada dipasaran dan meminta orang-orang
Melayu/Islam berhenti menggunakannya.

Berikut disenaraikan secara ringkas produk tersebut dan serba sedikit
huraiannya.
COLGATE

Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram~ bercampur
lemak babi.
Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dari Thaland.

AJI NO MOTO

Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~
bercampur lemak babi
Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono Sodium
Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan
rambut dengan cepat.

Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia)
disahkan bebas dari lemak babi.

COKLAT.

Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau
pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui.

Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk,
KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.

FISHCAKE; FISHBALL; MEE & KOYTIAW BASAH

Keluaran bukan Islam disahkan mengandugi ramuan campuran lemak babi
supaya produk tahan lama.

BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE

babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan
berbulu.
Dinegeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu
seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake
disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.

ROTI HIGH 5 ( HIGH FIVE )

Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi/dicampur/diproses dari
ragi
babi.
Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layang mengenai
lemak babi dalam roti Gardenia.
Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali.
Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5
sendiri yang irihati dengan pencapaian /kejayaan Gardenia. Punca iri
hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang
Melayu yang amat peka dengan sensitivity umat Islam mengenai pemakanan
halal/haram.

Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi
tidak membabitkan negara Malaysia.
Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020
yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS). Ini
disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman.

Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.

REMPAH KARI ALLAGAPA; BABAS; SAKHTY & CAP MATA

Keempat-empat jenama kari diatas tidak mengandungi lemak babi TETAPI
40% hasil jualannya digunakan untuk membuat/menambah/memperelok
kuil-kuil Hindu di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh
masyarakat Islam Gujerat India.

Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja
rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi)
supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu
lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dengan kuku dan sudah sebati
dengan jiwa mereka.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah nombor 786.
Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang
ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat.
Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang
cara amalannya mereka saja yang tahu.

Malangnya kod ini (786) diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila
mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk
mengabui umat Islam.

Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang
menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak/ditaja oleh
Palanniappa, Sakhty dan Babas.

Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa
restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana
bandar terutama di Taiping dan Ipoh. Pastikan perniagaannya oleh orang
Islam dan ayam nya halal...

Di Taiping ada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari
pekerja Hindu dan ayam dibekalkan oleh Cina.

COCA COLA

Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang
tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahu kah
saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian
belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa'
Allah Laa'Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad)

Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua diMalaysia yang
berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya diPerak merosot
sehingga 60%.

Syabas warga Perak.

SARDIN TIN MERAH

Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.
KENTUCKY FRIED CHICKEN

Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam
itu sendiri.
Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa
sembelih hanya dibaca pada permulaan/pertama sahaja manakala yang
lain-lain nya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusing
untuk disembelih.

Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia
mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang
mendatangkan was-was elok lah kita tinggalkan.

Keadaan ini sama lah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri
sembelihannya dimana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam
dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah
bekas/raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH
ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan
menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati
katak.

TEH HAILAM

Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang
pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalam
cawan berbunga.

TETAPI tahu kah kita apa kah cara tradisional teh ini dibuat. Seorang
Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap
pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang
sama akan membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau
apa-apa jua bekas untuk teh tersebut.

Itu lah resepinya.
Bunyinya memang lucu tetapi itu lah hakikatnya.

TESCO IPOH

Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkan
supaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalam
Tesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam (
Cina ) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN bisnes tersebut. Masalah
utama ialah ayam digerai ini di supply oleh Cina.

Hanya sebuah gerai (Western Food ) saja yang disahkan betul-betul
halal dan dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu.

RENUNGAN

Dipasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama
yang seolah-olah bercirikan Islam.
Contoh :
Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan
bunyi syarikat pembuat seperti bahasa/bunyi Arab yang kadangkala kita
tak ambil kisah langsung.

Dipasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan
Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan
Melayu/Islam.Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu
alasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk
pasar raya.

Bagaimana pula dengan kicap Thamin.....?????
Kicap Thamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman
C*** dengan bayaran RM7,000.00 untuk membolehkan produk tersebut
memasuki pasar raya

Sunday, December 27, 2009

oOoO....YeKe??

Rmai kaum hawa sekrang yg tahu ape itu AURAT.Kebanykan mreka m'beri pengertian aurat seperti menutup anggota seluruh anggota badan kecuali muka dan bhg pergelangn tngn. tetapi ramai yang tidak tahu tntg 2 prkara ini:-

~ membuat sanggul yg besr dan tinggi
~ berjalan dgn kasut yg berbunyi(kasut tinggi)

Kedua-dua prbuatan ini boleh menimbulkan fitnah dunia serta menarik prhatian kaum adam.Perbuatan ini tidak dibenarkan berdasrkn hadis:-

Ertinya;

Daripada Abu HuraDaripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. brsabda; "ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekot lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua,perempuan yang berpakaian telanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka(sanggul di atas kepala mereka)bagaikan bonggol(goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

-Hadis Riwayat Muslim-

Saturday, December 26, 2009

SYAIR WASIAT DI AKHIR ZAMAN

Jika hendak hidup beriman
Serta mulia di sisi Allah
Marilah kita hendak ingatkan
Wasiat Nabi di akhir zaman

Wajiblah kita menjaga diri
Cabaran hidup banyak sekali
Janganlah kita lupakan diri
Hidup inimenuju mati

Bila melihat mungkar ynag nyata
Maka janganlah hanya mengata
Tapi bangkitlah menabur jasa
Membimbing umat jadi pelita

Umat islam perlu didakwah
Nasihat baik serta berhikmah
Dengan semangat serta ukhwah
Hubungan kita tambah meriah

~dri buku 40 Hadis Peristiwa di Akhir Zaman

Tuesday, December 22, 2009

ReNuNgAn BeRSamA

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Same-samelah kite renungkan bersama.....ingatan untuk semua termasuk diri saya...

Monday, December 21, 2009

TaK SaBaRNyE......

Assalamualaikum.....hari ni sye nak pergi reunion kengkawan sekolah lama!! x sabar nak jumpa kengkawan. semua kengkawan pergi kecuali shahirah je...sye bawa kek istimewa untuk kengkawan semua!! buat sendiri tau!! nasib baik ade bahan2. letihlah..banyak aktiviti sangat yang berturut..baru je balik dari bukit larut sebab ade hari keluarga...best!! sejuk!!dahla tinggal kat bungalow V.I.P.sebelum tu pulak pergi kem kat kuala kangsar ....lima hari tu,best la jugak!ok lah nak bersiap ni...wassalam.

Wednesday, December 9, 2009

BISMILLAH,hayatilah.....

teman 2 bukan cam papan skate.......

belum main, gilap....dah main, pijak.....

teman 2 bukan cam bola sepak....
belum dapat, kejar....dah dapat, tendang.....

teman 2 bukan cam bulu tangkis....
belum main,pegang.....dah main,pukul......

teman 2 ibarat ragbi.....
belum dapat,rebut....dah dapat lindung dan jage........

teman 2 cam jari......
lukenya sembuh sendiri.......
hilangnya xde ganti!!!



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini